Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu secara peribadi menyifatkan bukan mudah untuk kontinjen negara mengekalkan sasaran tujuh pingat emas pada Sukan Komanwel Birmingham 2022. <br /><br />Katanya, justeru sasaran jumlah pingat emas yang rendah iaitu enam atau lima pingat dilihat lebih realistik susulan ketiadaan penyertaan dua atlet sandaran, Lee Zii Jia dan S Sivasangari.